Sabtu, 26 Mac 2011

ASSALAMUALAIKUM

Untuk sahabat semua para pembaca semuga Allah merahmati dan mengurniakan taufik dan hidayahnya serta rezeki yg mencukupi untuk kita semua. Doa tokwan semuga anda semua sehat dalam mengharungi kehidupan seharian didalam ketaatan pd Allah dan mendapat kejayaan d dunia dan akhirat

Jumaat, 8 Oktober 2010

Assalamualaikum tokwan ucapkan selamat hari raya maaf zakir batin pd semua, masih belum terlambatkan, moga moga anda semua ceria dan berbahagia disamping keluarga dan seronok bekerja untuk mencari yang halal dan beramal dengan mendapat kerezaan allah swt.

Rabu, 26 Mei 2010

Bismillahirrohmanirrohim

Tohwan nak tanya kepada yang mengetahui, yang tidak tahu pun boleh baca juga.
Ia itu tentang penyakit segugut, bagaimana nak berubat secara tradisional, sebab tok wan tak pernah segugut, nenek pun tak pernah segugut, ni anak tok wan yang kecik tu baru datang bulan dah kerap segugut, kalau ada petua tradisional bolehlah kita syer bersama,

Sabtu, 8 Mei 2010

HARI YANG MELUCUKAN

Hari ini sabtu merupakan hari persekolahan ganti, tapi dibuat program basikalthon tujuan mengumpul dana untuk pembinaan pembesaran surau sekolah yang sedang dijalankan (Kalau tuan/puan nak derma boleh hubungi tokwan bagi asset kita di akhirat nanti). Habis sahaja program dan bersurai, sampai dirumah tokwan letih dan sambil bersandar dan terus lena sambil duduk. isteri tokwan masa tu sedang buat laksa, ia kata tidorlah dahulu sebelum zohor nanti sempatah jemaah kat masjid nanti. Tokwan bila dengar terus jaga dan lihat jam tangan sudah hampir 1.10 petang, kelam kabut tokwan bangun terus ke bilik air buat persediaan untuk solat zohor, waktu masuk solat zohor 1.17 petang., jarak rumah dengan masjid 2km, jadi tokwan selalu pergi dengan menalki kereta. Sampai sahaja di masjid masyaallah pintu pagar masih tutup, pintu masjid pun tutup, pendek cerita tokwan masuk kedalam masjid lihat jam sudah 1.30 petang apa lagi tanpa solat tahiyatul masjid hanya niat iktikaf sahaja terus azan (tanpa mengguna pembesar suara), lepas selesai azan terus solat sunat dan apabila habis solat sunat tunggu seorang pun tak datang, jam sudah tunjukk 1.35 ptg. apalagi terus iqomat untuk tunaikan solat zohor bersendirian sahaja. Tapi dalam hati tokwan ingat hadis nabi saw, barangsiapa yang solat selepas azan maka tentera malaikat akan solat dibelakang kita. Kalau dia iqomat sahaja tanpa azan hanya dua malaikat kiri kanannya sahaja yang menyertai jemaah (Hadis daripada kitab Muntakhab AlHadis) Selesai solat tokwan pun pulang dengan niat untuk tidor dengan puas, sebab malam tadi anak cucu datang tidor kat rumah dan bising tak dapat tidor nyenyak. Sampai dirumah isteri bila lihat tokwan pulang mula gelabah sebab dia belum solat lagi, dia pun teruslah kebilik air, masa itu anak saya yang datang bersama anaknya tu tegor "hai ayah sembahyang zohor dah ka" jam baru 12.45 tengahari. sebenarnya mata tokwan yang salah lihat (itu tanda tua namanya) jam itu betul. Terpaksalah niat nak tidor ditunda lagi. kemudian pergilah pula solat zohor, hari ini tokwan solat zohor 2 kali semuga Allah terima solat kita semua dan kita ajaklah semua orang untuk solat berjemaah dimasjid atau surau sebab itulah "RIBAT" yang paling baik

Isnin, 3 Mei 2010

Pekak dan Buta

Tersebutlah kesah di sebuah negeri, tinggallah seorang lelaki yang tinggal berseorangan diri tanpa keluarga. Adapun lelaki ini tinggal di kawasan orang yang berada lagi terpelajar. mereka ini amatlah sibuk dengan hal-hal pekerjaan masing-masing. Kesibukan mereka ini menjadikan mereka tidak ada masa untuk menjaga kebersihan dan keselamatan kampong mereka. Adapun hal keadaan lelaki ini, orangnya pekak dan buta pula. Jadi nak panggil tidak dengar dan nak tunjuk dia buta.Lelaki ini menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi makan.Masalahnya antara rumah lelaki itu dan rumah mereka ada sebuah longkang besar dan bahaya pula. Mereka fikir bagaimana nak selamatkan lelaki ini lalu mereka meletakkan tulisan yang besar AWAS LUBANG DIHADAPAN. dan mereka juga kadang-kadang menggunakan pembesar suara
Adakah orang ini akan selamat.
Bagaimanakah pendapat anda untuk selamatkan lelaki ini

Isnin, 1 Mac 2010

KELEBIHAN DIAM

Sabda Rasulullah saw

" BERSENDIRIAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA DUDUK BERSAMA TEMAN YANG

JAHAT. DAN DUDUK BERSAMA TEMAN YANG BAIK ADALAH LEBIH DARIPADA

BERSENDIRIAN. MENGATAKAN SESUATU YANG BAIK KEPADA SESEORANG ADALAH

LEBIH BAIK DARIPADA BERDIAM DIRI. BERDIAM DIRI ADALAH LEBIH BAIK

DARIPADA BERKTA SESUATU YANG TIDAK BAIK."

( H.R BAIHAKI )

Renung dan fikirlah sabdaan Rasulullah saw. Hadis ini panjang tapi tokwan ambil sikit sahaja dari kitab Muntakhab al hadith