Sabtu, 8 Mei 2010

HARI YANG MELUCUKAN

Hari ini sabtu merupakan hari persekolahan ganti, tapi dibuat program basikalthon tujuan mengumpul dana untuk pembinaan pembesaran surau sekolah yang sedang dijalankan (Kalau tuan/puan nak derma boleh hubungi tokwan bagi asset kita di akhirat nanti). Habis sahaja program dan bersurai, sampai dirumah tokwan letih dan sambil bersandar dan terus lena sambil duduk. isteri tokwan masa tu sedang buat laksa, ia kata tidorlah dahulu sebelum zohor nanti sempatah jemaah kat masjid nanti. Tokwan bila dengar terus jaga dan lihat jam tangan sudah hampir 1.10 petang, kelam kabut tokwan bangun terus ke bilik air buat persediaan untuk solat zohor, waktu masuk solat zohor 1.17 petang., jarak rumah dengan masjid 2km, jadi tokwan selalu pergi dengan menalki kereta. Sampai sahaja di masjid masyaallah pintu pagar masih tutup, pintu masjid pun tutup, pendek cerita tokwan masuk kedalam masjid lihat jam sudah 1.30 petang apa lagi tanpa solat tahiyatul masjid hanya niat iktikaf sahaja terus azan (tanpa mengguna pembesar suara), lepas selesai azan terus solat sunat dan apabila habis solat sunat tunggu seorang pun tak datang, jam sudah tunjukk 1.35 ptg. apalagi terus iqomat untuk tunaikan solat zohor bersendirian sahaja. Tapi dalam hati tokwan ingat hadis nabi saw, barangsiapa yang solat selepas azan maka tentera malaikat akan solat dibelakang kita. Kalau dia iqomat sahaja tanpa azan hanya dua malaikat kiri kanannya sahaja yang menyertai jemaah (Hadis daripada kitab Muntakhab AlHadis) Selesai solat tokwan pun pulang dengan niat untuk tidor dengan puas, sebab malam tadi anak cucu datang tidor kat rumah dan bising tak dapat tidor nyenyak. Sampai dirumah isteri bila lihat tokwan pulang mula gelabah sebab dia belum solat lagi, dia pun teruslah kebilik air, masa itu anak saya yang datang bersama anaknya tu tegor "hai ayah sembahyang zohor dah ka" jam baru 12.45 tengahari. sebenarnya mata tokwan yang salah lihat (itu tanda tua namanya) jam itu betul. Terpaksalah niat nak tidor ditunda lagi. kemudian pergilah pula solat zohor, hari ini tokwan solat zohor 2 kali semuga Allah terima solat kita semua dan kita ajaklah semua orang untuk solat berjemaah dimasjid atau surau sebab itulah "RIBAT" yang paling baik

2 ulasan:

  1. heh heh heh lucu la tok wan ni.tapi tok janggut pun pernah juga macam tu!

    BalasPadam
  2. to nenek
    Yang lagi lucu, dah lama kesah ini berlalu semasa kat Pahang dulu, jam rosak, bulan mengambang, azan subuh tak dengar sebab masjid jauh, satu pagi tu tokwan tunggu, punya tunggu waktu subuh,akhir sekali nampak sinar cahaya matahari, baru tokwan pi masjid bila sampai masyaallah seorang pun tak ada bila naik masjid rupanya subuh dah hampir nak habis,orang jemaah dah pulang semuanya.Ingatkan mereka belum datang lagi dan kitalah yang datang awal tapi sebaliknya, malunya pd allah

    BalasPadam