Ahad, 21 Februari 2010

Buat anak anak dara ku sayang

Tokwan ambil dalam N3 seorangnenektua

(harap nenek jgn marahlah tokwan ambil tanpa izin - untuk kebaikan orang yg baca juga)

! fikir 1 kerja 1 hati 1 agama

Asalamualaikum


gulai belanak gulai puyu
Biar selangat,kekek dan kerisi
Aduhai anak aduhai cucu
Dengarlah nasihat nenek mu ini


Puyuh serindit itik serati
Beruk siamang monyet kera
Sungguh sedih nenek mu ini
tengok gelagat anak dara kita


Daki gunung,Jerai namanya gunung
Daki tebingnya kelam memanjang
Pakai tudung,pakai baju kurung
Tapi anehnya macam telanjang


Masak kerutup ikan terubuk
Lokan masin campur ubi keladi
Aurat ditutup biar nampak buruk
Bukan makin cantik,trendy dan seksi


Badai langgar langgar
Sampan dekat dekat
Pakai longgar longgar
Jangan ketat ketat


Buaya terdampar dalam perahu
Sayap helang masih lebar
Gejala buruk banyak berlaku
Harap anak anak ambil iktibar


Bunga berduri bunga tepian
Bunga melur indah berkembang
Jagalah diri dan kesucian
Buat suami mu yang tersayang


Lihatlah lihat bunga kiambang
kudup melata di muara
Ingatlah ingat wahai sayang
Hidup ini sementara



Kelapa beluluk buah kuini
Masak lemak sayur meranti
Apalah seronoknya dunia ini
Seronok lagi di Syurga nanti


Meredah redah ke hulu
Berenang renang ketepian
Bersusah susah dahulu
Bersenang senang kemudian



Daun ketum
Buah rambai
Assalamualaikum
bye bye

Jadi tokwan pun takda idea, jadi tokwan tengok yg ni boleh lah dikongsi dengan anak cucu cicit semua.

Rabu, 17 Februari 2010

RAWATAN TRADISIONAL ZAMAN KANAK KANAK DULU

Assalamualaikum anak cucu sekelian semuga sehat-sehat semua. Kali ini tokwan nak cerita perubatan tradisional (first aid) zaman era 60an kebawah. Setiap penyakit ada ubatnya dan mudah sahaja, semua ubat-ubat yg diguna ada didalam rumah. Pertama demam panas, ubatnya ialah dengan cara guna air asam jawa pekat dicampur dengan bedak sejuk, kemudian waktu malam lumoq(sapu) pada semua badan dan kepala biarkan sehingga besok atau ditengah malam kemudian mandi, Insyaallah panasnya akan turun dna diulang lagi besoknya hingga sembuh.
Jika luka terkena kaca, ambil gula campur kopi kemudian letakkan pada tempat luka kemudian balut dengan kain, insyaallah luka akan kembali bercantum semula, Hidung berdarah, guna sireh, lipat sireh kemudian sumbat didalam hidung, darah akan berhenti, sakit gigi berlubang, masukkan garam kedalam lubang, seketika akan hilang sakit gigi.Batuk, tumbuk sireh campur jintan manis dan makan, insyaallah batuk akan hilang, ketiak berbau senang aje, guna kapor (kapor yng dimakan dengan sireh), sapu pada ketiak kemudian pakai baju pergilah manapun dan berpeluh, insyaallah ketiak tak akan berbau punya. Waktu pagi gosok gigi guna jari tenyeh dengan serbuk arang dapor yg kita tumbuk menjadi serbuk, gigi putih berkilat. Jika banyak jerawat senag aje, tiap malam sebelum tidor sapu muka dengan bedak sejuk, Insyaallah jerawat akan hilang. masa dulu setiap rumah ada bedak sejuk,ia dibuat sendiri dengan menggunakan beras yang direndam lama sampai berbau masam dan lembut kemudian diramas sampai menjadi cair kemudian dengan menggunakan acuan yg dibuat sendiri dititis atas kain menjadi biji-biji kecil sebesar kacang hijau dan dijemur apabila kering disimpan didalam bekas yang dicampur dengan bunga melor supaya berbau wangi, ia tahan bertahun-tahun lamanya. Orang sekarang dah tak buat lagi atau tak pandai nak buat,Jika bengkak beruk pada pipi guna Nila (dulu nila bentuk ketulan 4 segi ia digunakan untuk memutihkan baju putih terutama baju sekolah) Nila ini dihancurkan campur dengan bedak sejuk disapu pada bengkag beruk, Bisul yang sudah masak guna bijian(tokwan lupa namanya) iaitu sejenis bijian daripada buah yang bewarna hitam dan panjangnya pendek sikit daripa batang mancis apai apabila masak ia akan pecah dan bijinya kecil-kecil, ambil biji ini lembabkan dgn air kemudian tempel pada bisul, ia akan menghisap darah/nanah kemudian bisul akan pecah. Banyak lagi kaedah penyakit yg tokwan dah lupa cara perubatannya. Tapi sekarang semua jenis perubatan ini kita dah lupa, Bila sakit cepat-cepat pergi hospital, lupa nak doa pada Allah supaya menyembuhkan penyakit kita. INGAT Ikhtiar kita memakan ubat tetapi kesembuhan panyakit datang daripada Allah swt. JANGAN LUPA TU.

Ahad, 14 Februari 2010

Menginfakkan Harta dalam Jihad Fii Sabilillaah


Muslim telah mengeluarkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari ra. dia berkata: Sekali peristiwa telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki menarik seekor unta yang terikat tali di hidungnya, Ialu menyerahkannya kepada beliau, katanya: Ini untuk sabilillah! Maka berkata Rasulullah SAW: Gantinya nanti di hari kiamat 700 ekor unta semuanya dengan bertali di hidungnya. (Shahih Muslim 2:37; jam'ul Fawa'id 2:3)

Imam Ahmad telah mengeluarkan dari Abdullah bin As-Shamit, dia berkata: Pernah pada suatu peristiwa, aku berjihad bersama-sama Abu Dzar ra. Maka setelah dibagi-bagi ghanimah, yakni rampasan perang, dia mendapat bagiannya termasuk seorang jariah. Lalu dia pun membeli segala keperluannya, dan masih ada lagi banyak yang tersisa. Lalu dia menyuruh jariah tadi menukarkannya dengan mata uang untuk dibagi-bagikan kepada semua orang yang memerlukannya. Aku berkata kepada Abu Dzar: Biarlah jariah itu menahan dulu uang itu untuk keperluan di lain hari, ataupun mana tahu jika datang tamu, maka engkau tentu memerlukannya?! Abu Dzar menjawab: Temanku, yakni Rasulullah SAW sudah membuat perjanjian kepadaku, bahwa apa saja emas atau perak yang disimpan, maka itu sama dengan gumpalan api neraka disimpan oleh tuannya, sehinggalah diberikan kesemuanya pada jalan Allah azzawajalla. Dalam riwayat Ahmad dan Thabarani yang lain, bahwa siapa yang menyimpan emas atau perak, dan tidak diinfakkannya pada jalan Allah akan menjadi gumpalan-gumpalan api kelak di hari kiamat, dan akan disetrikakan tuannya dengan gumpalan-gumpalan api itu.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:178)

Thabarani telah mengeluarkan di dalam kitabnya 'Al-Awsath' dari Qais bin Salk Al-Anshari ra. bahwa saudara-saudaranya telah mengadukan halnya kepada Rasulullah SAW Mereka berkata: Saudara kami Qais suka membuang-buang hartanya, dan terlalu mewah sekali dalam berinfak lalu Qais datang kepada Rasulullah SAW: wahai Rasulullah! Aku mengambil bagianku dari korma dan berinfak untuk orang-orang yang keluar berjihad fi sabilillah, dan kepada siapa yang mengikutiku. Mendengar itu, Rasulullah SAW pun menepuk dadanya seraya berkata: Infakkanlah harta di jalan Allah, niscaya Allah akan menginfakkan gantinya - disebutkan sampai tiga kali. Pada lain waktu, aku keluar berjihad fi sabilillah dan aku sudah mempunyai kendaraan sendiri, dan aku orang yang paling banyak harta dan yang terkaya di antara kaum keluargaku pada hari ini.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:172)

Thabarani telah mengeluarkan berita dari Mu'az bin Jabal ra. dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sangat beruntung orang yang memperbanyakkan zikir kepada Allah ketika sedang berjihad fi sabilillah, kerana baginya buat setiap kalimah tujuh puluh ribu hasanah, setiap hasanah darinya sama dengan sepuluh kali ganda apa yang ada di sisinya dari tambahannya.
Para sahabat bertanya pula: Bagaimana pula dengan menginfakkan harta fi sabilillah, ya Rasulullah! jawab beliau: Menginfakkan harta sama kadarnya dengan yang demikian. Berkata Abdul Rahman: Maka aku bertanya kepada Mu'az r.a: Bukankah menginfakkan harta fi sabilillah itu diberikan pahalanya dengan 700 kali lipat? Jawab Mu'az: Barangkali engkau kurang faham tentang maksudnya. Dia itu apabila mereka menginfakkannya sedang mereka menetap dengan kaum keluarga mereka tidak ikut bersama-sama berperang. Tetapi jika mereka turut serta berperang dan menginfakkan hartanya pada jalan Allah, maka Allah akan menyimpan buat mereka dari khazanah (perbendaharaan) rahmatnya apa yang sampai tidak terlintas dari ilmu manusia dan sifatnya, mereka itulah partai Allah, dan partai Allah selalu jaya dan menang.
(Majma'uz Zawa'id 5:282)

Al-Qazwini telah mengeluarkan berita dari seorang yang tidak terkenal dan beritanya mursal kepada Nabi SAW dari Al-Hasan, dari Ahmad, Abu Dardak, Abu Hurairah, Abu Umamah Abdullah bin Amru,jabir dan lmran bin Hushain-radhiallahu-anhum marfuk kepada Nabi SAW bahwa beliau telah berkata: Barangsiapa yang mengeluarkan hartanya fi sabilillah, dan dia duduk di rumahnya, maka baginya pahala bagi setiap dirham 700 dirham. Dan barangsiapa berperang serta bernafkah sekaligus fi sabilillah, maka baginya buat setiap dirham 700,000 dirham. Kemudian beliau membaca firman ini yang bermaksud: Dan Allah menggandakan pahalanya kepada siapa yang disukainya.

Abu Daud, lbnu Hibban telah meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW
Ada seorang yang ingin berjihad, tetapi niatnya hendakkan harta dunia, bagaimana? Jawab beliau: Tidak ada pahala sama sekali! Ramai orang memandang berat jawaban beliau itu, Ialu mereka kembali kepada orang yang bertanya itu seraya memintanya bertanya sekali lagi, barangkaii dia salah dengar jawabannya, ataupun dia tidak faham maksud dari jawaban beliau itu. Maka orang itu kembali lagi kepada Rasulullah SAW Ialu bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan orang yang berjihad fl sabilillah, padahal niatnya hendakkan dunia? jawab beliau masih sama: Tidak ada pahalanya sama sekali! Mendengar jawaban yang kedua, orang ramai masih belum puas hati, lalu memintanya supaya bertanya untuk terakhir kalinya. Maka jawaban beliau masih tetap itu juga, yakni tidak ada pahalanya sama sekali.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:419)

Abu Daud dan Nasa'i meriwayatkan dari Abu Umamah ra. dia berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: Apa katamu terhadap seorang lelaki yang berjihad fi sabilillah kerana inginkan pahala dan pujian, bagaimana keadaannya? Jawab beliau: Sia-sia saja jihadnya. Orang itu mengulangi lagi sampai tiga kali, dan setiap kali ditanya, tetap dijawab oleh beliau: Sia-sia saja jihadnya, kerana Allah tiada akan menerima sesuatu amal melainkan yang dibuat dengan penuh ikhlas kepadanya, dan mengharapkan keridhaannya! (At-Targhib Wat-Tarhib 2:421)

Khamis, 11 Februari 2010

Wajah tokwan terkini

Kalau ada pelajar tokwan yang masih ingat akan tokwan lagi

1. Maktab Mahmud era 80an sampai 1991

2. SMK (LKTP) Kg Sertik Karak Bentong, Pahang 1991-1994

3. SMK, Batu 5 Sik Kedah 1994-1994

4. SMK. Jeneri Sik . Kedah 1995-1997

5. SMK Kubang Rotan 1998 hingga kini

bolehlah hubungi tokwan

PENGALAMAN MENGAJAR DI MAKTAB MAHMUD A. SETAR ERA 80AN

Assalamualaikum pada semua anak cucu tokwan yang membaca khusus pada bekas anak murid tokwan. Bila tokwan membuka blog sesaje takdir Allah terjumpa blog Maktab mahmud 1983 - 1989 jadi tokwan teruja untuk membaca kerana tarikh tu tokwan dok mengajar kat MM, banyak lah kenangan tokwan disitu. Bukanlah nak puji melangit tetapi sebagai pelajar ugama mereka ini amatlah menghormati guru tak kira masa mengajar atau dah bekerja mereka masih lagi hormat kita macam mereka jadi murid dahulu contohnya, satu hari tokwan sedang memandu kereta di pekan Kuala Nerang, tetiba ada sebuah kereta mengekori dibelakang tokwan jadi untuk memastikannya tokwan berhenti kereta dan dia pun berhenti juga. Tokwan lihat dari cermin sisi seoarang lelaki muda berkopiah keluar dan menuju kepada tokwan, tokwan pun keluar dari kereta dan dia terus menyapa tokwan "Assalamualaikum, cikgu Musa ka ni?" "Ya" jawab tokwan. Dia memperkenalkan dirinya Hazizan bekas pelajar MM, masa tokwan memotong keretanya dia terperasan tokwan gurunya jadi dia kejar tokwan,setelah lama bertanya khabar, tokwan tanya apa kerja dia, dia kata sekarang dia menjadi Tok Khadi daerah Padang Terap (sekarang pegawai besar di Majlis agama Islam kedah taktau pangkat apa, tapi tanggungjawab 1 Kedahlah) Kesah kedua pelajar namanya Dziudin (begitulah namanya lebih kurang kalau salah minta maaflah tokwan tak berapa ingat betul maklumlah dah t..) Dia datang tempat tokwan di Kuala Kedah waktu Asar atas urusan kerjanya masa tu dia jadi Khadi Pendang , tokwan takmahu tegorlah sebab orang ramai nanti dia tak kenal, payahlah biarlah, tapi tokwan tahu dan ingat beliu adalah pelajar yang baik dan berakhlak semasa dari sekolah lagi . tetiba dia lihat taokwan dan terus tegur tokwan, bertanya habak dia bagitau dia jadi khadi daerah Pendang, Jadi tokwan syukur Alahamdulillah, sekarang taktaulah dia dok mana lama tak jumapa. Satu lagi kesah masa Tokwan sakit terlantar di hospital (lani tokwan kerap sakit kerap masuk hospital) sedang duduk di atas katil pesakit di Wad kelas satu, datng seorang wanita menegur tokwan, bila tokwan lihat wajahnya macam nak kenal tapi x berani nak tanya, dia memperkenalkan namanya dan dia adalah adik allahyarham ustaz Fuad Helmi yg Tokwan mengajarnya semasa tingkatan 3 dan jadi guru kelas lagi, masa tahun 1986/87(tokwan lupa tahun) tapi Tokwan ingat lagi kekawannya yang dok pi rumah tokwan dikuala Kedah masa tu, antaranya ketua tingkatan Nurehan Isa, Zahirah Ishak, Salwa sik dan Fadhilah sepupu salwa, Ilham anak ust Ismail Khamis Khamis, Wan Hanisah bt Wan Abdul Rahman(bapanya imam Masjid) (merekani semua dan kawan2 lain yg baca tapi nama tokwan tak sebut disini sbb tak ingat nama, ni pun jenuh mengigat) bolehlah hubungi tokwan musaad.saad@gmail.com. Baralih cerita tadi ia sekarang tinggal di KL jadi Pensyarah kat Universiti (lupa nama U tapi IPTA) suaminya Jurutera bekas pelajar MM juga Alhamdulillah syukur lah kita. Jadi kita sebagai guru dengar pelajar kita dah menjadi seseorang yang berguna kita merasa gembira dan sejuuuk hati, bukan lah duit mereka tapi kalau kasi kita ambil, berkat anak murid (dia sedeqah rm10, jadi tokwan ambil lah sebab berekat orang ziarah ) .Jadi banyak lagi pengalaman tokwan dgn pelajar MM yg tak boleh ditulis disini sekianlah, jadi dah t... macamni semuanya menjadi ingatan dan nostalgia, banyakdah kawan yang pencen, yg sakit dok tunggu masa dan ramai dah yg meninggal utk selamanya semuga Allah cucuri rahmat keatas mereka dan mendapat balasan yang baik dari Allah dari usaha mereka mendidik anak org Islam menjadi berguna pada agama dan negara Wassalam

Rabu, 10 Februari 2010

TOK BISAN KELUAR DAKWAH 3 HARI BERSAMA ISTERI

Alkisah tersebutlah kesah tok bisan tokwan bila saja dia nak p dakwah dia ajak tokwan dan bila balik dia mai cerita lagi kat tokwan perihal masa dia keluar, ini dia panggil "karguzari" katanya bahasa farsi.tokwan pun tak faham cuma tulis saja macam dia sebut. Ceritanya dia keluar "masturat" (tokwan taktau lah maknanya) tapi bawa isteri keluar dakwah sama-sama. Lelaki berada di masjid dan wanita tinggal dirumah yang telah dimesyuaratkan untuk terima jemaah tersebut. Kata bisan lagi rumah tersebut hanya ada wanuta sahaja, lelaki tuan rumah kena iktikaf di masjid bersama jemaah lelaki. Program untuk kerohanian dijalankan didalam rumah antara mereka iaitu membaca hadis fadzail amal, halaqah tajweed, muzakarah 6 sifat sahabat iaitu iman N sunnah, solat, ilmu zikir, ikram muslimin, ikhlas niat dan Dakwah kurban harta dan diri dijalan Allah, adab2 sunnah nabi iaitu amalan harian 24jam. setiap hari sekali pihak lelaki akan memberi "bayan" iman dan amal pada wanita disebalik tabir dirumah tersebut. Wah seronok sungguh tokwan dengat ghaliit dok dengar cerita, Depa keluar pada masa cuti Keputeraan Sultan Kedah blan Januari dirumah Syukran di Perlis. Katanya orang Perlis sungguh hebat Ikram hingga 3 hari tu depa tak masak apa semua orang Perlis tunai hak iaitu memberi makan pada tetamu, jenuh makanannya sampai berlambak2 sb banyak orang bawa mai dan sedap polatu. Insyaallah tokwan pun teringin juga nak ikut satu hari nanti, yang tokwan teringin tu bukan makan sahaja tapi suasana jemaah yg kita boleh berkasih sayang semata-mata kerana allah, banyak apa yang dihabak oleh tokbisan tu banyak dah yang tokwan belajar kat pondok dulu cuma tak boleh nak amal lagi, kali ni Insyaallah tok azamlah nak ikut tok bisan tapi sikit-sikit lah dulu belajar-belajar, masjid memanglah tokwan dapat taufik dari Allah dari kecik lagi dok p dgn Almarhum bapa saya sampailah sekarang tokwan x pernah ketinggalan solat di Masjid 5 waktu syukur Alhamdulillah. Semoga allah beri taufi n hidayah kpd kita semua dapat taat perintah allah cara nabi saw.

Ahad, 7 Februari 2010

Kalimah Taiyyibah

H10 Muntakhab Alhadith

Hadrat Abdullah bin Umar R.huma meriwayatkan bahawa Rasullullah saw bersabda "Tidakkah aku khjabarkan kepada kamu wasiat Nuh a.s. kepada anaknya" Mereka berkata bahkan ya Rasullullah, baginda saw bersabda "Nuh as. mewasiatkan anaknya " wahai anakku, aku wasiatkan kamu dengan ucapan kalimah lailaha illallah, jika kalimah ini diletakkan didalam satu timbangan, langit dan bumi ditempatkan ditimbangan yang lain nescaya kalimah ini akan lebih berat lagi. Walau ia didalam lingkaran yang kukuh nescaya akan mematahkan lingkaran itu sehingga menghadap kepada Allah dan aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Subhanallahil Azim wabihamdihi, sesungguhnya ia adalah ibadat dari seluruh makhluk dan dengannya rezeki mereka diberikan dan aku melarang kamu dari dua perkara, Syirik dan Kibir (sombong) kerana kedua-dua sifat ini menjauhkan manusia dari Allah" (H R. Bazar, Majmal uz Zawaid)

Selasa, 2 Februari 2010

TOKWAN , TOK BISAN DAN DAKWAH

Alkisah maka tersebutlah kesah tok bisan tokwan, dia ni saya panggil tok janggut. Tok janggut ni dia kontraktor yang agak berjaya juga, banyaklah pekerjanya yang berkerja dengannya, Tok janggut ni bendang pun dia buat juga, banyak qelong lah jugak. Tapi tokwan bukan nak cerita tentang kerjabuat dia, tapi yang tokwan kagum dengan diani, tokwan tengok dok keluar dakwah sedia, dalam kampongka, dalam negerika dan kadang2 luar negeri, kalau tokwan pi rumah dia selalu takdak rumah, kata isterinya p masjid nusroh jemaah, gas dll yg berkenaan dgn dakwah, tokwan pun tak berapa paham. Tokbisan ni selalu cerita kat tokwan tentang dakwah "usaha atas iman" keluar jalan allah dengan harta dan diri. tokwan dengar aje, tapi minat. satu yang paling tokwan minat ialah bacaan hadis dirumah tiap2 hari, amalan yang selalu tokbisan suruh tokwan buat kat rumah, dan menantu telah beri pada tokwan kitab MUNTAKHAB ALHADITH susunan Maulana Muhammad Yusuf Al Khandahlai. Bila tokwan baca kitab ini teringat dahulu masa tahun 60an dan 70an tokwan belajar kat pondok dan masjid tok guru habaq Maulana Muhammad yusuf ini ada menghasilkan kitab Hayatussahabah iaitu kesah2 sahabat nabi saw yang mana katanya kitab ini adalah merupakan kitab yang terbaik bagi kesah sahabat dan tiada kitab yang seumpanya kerana ia mengumpul semua hadis daripada 6 perawi terkenal. Dalam kitab Muntakhab ni tokwan tengok semua kumpulan hadis hadis yang merupakan amalan seharian kita, jika kita amal sifat-sifat ni tokwan pasti kita akan menjadi orang yang beriman taqwa, amal soleh dan berpesan pada yang benar dan berpesan pada kesabaran. Jadi Alhamdulillah atas dorongan tokbisan ni takwan selalu baca kat rumah bersama tok dan anakcucu lepas solat Isyak. Antara tajuk2 yang ada dalam kitab Muntakhab hadis ni ialah
1. KALIMAH TAIYYIBAH
2. SEMBAHYANG KHUSYU KHUDU
3. ILMU DAN ZIKIR
4. IKRAMUL MUSLIMIN
5. IKHLAS NIAT YAKNI MEMBETULKAN NIAT
6. DAKWAH DAN TABLIGH

Kata tok bisan kalau nak dapat hakikat 6 sifat ini kena lapangkan masa 4 bulan dengan harta dan diri di jalan Allah dan kena buat usaha kat kampong dengan istiqomah sampai mati. Jadi tokwan pun azam lah nak ikut tok bisan nak ikut 4bulan, tapi katanya kena keluar 3h dulu kemudian 40 hari , jadi kalau tokwan nak ikut kena minta cuti tanpa gaji lah pula, sayanglah pulani gaji dah RM5000 NAK BERSARA 3@4 tahun lagi. kalau 4 bulan maknanya 5000 x 4 = RM 20,000. Duit belanja nak keluar RM5000 dan nak tinggal kat rumah 4 bulan untuk belanja keluarga lebih kurang RM4000. Jumlah semua kena habis lebih kurang RM29000. Tapi kata tok bisan setiap ringgit yang kita belanja dijalan allah, Allah akan beri pahala 700,000 kali ganda, banyak tuuu dan kali dengan RM29000 menjadi ganjaran 20,300,000,000 inilah ganjaran paling kurang dan allah memberi tanpa hisap, inilah kelebihan yang diberi oleh Tok bisan pada tokwan. Jadi tokwan akan tulis dalam blog tokwan petikan hadith untuk manafaat tokwan sendiri dan juga pada sesiapa yang membacanya, amin.

Hadis 1
Daripada Abu Hurairah r.hu meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda, Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik diantaranya ialah mengucap la ilaha illallah (tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman ( H.R .Muslim )