Rabu, 10 Februari 2010

TOK BISAN KELUAR DAKWAH 3 HARI BERSAMA ISTERI

Alkisah tersebutlah kesah tok bisan tokwan bila saja dia nak p dakwah dia ajak tokwan dan bila balik dia mai cerita lagi kat tokwan perihal masa dia keluar, ini dia panggil "karguzari" katanya bahasa farsi.tokwan pun tak faham cuma tulis saja macam dia sebut. Ceritanya dia keluar "masturat" (tokwan taktau lah maknanya) tapi bawa isteri keluar dakwah sama-sama. Lelaki berada di masjid dan wanita tinggal dirumah yang telah dimesyuaratkan untuk terima jemaah tersebut. Kata bisan lagi rumah tersebut hanya ada wanuta sahaja, lelaki tuan rumah kena iktikaf di masjid bersama jemaah lelaki. Program untuk kerohanian dijalankan didalam rumah antara mereka iaitu membaca hadis fadzail amal, halaqah tajweed, muzakarah 6 sifat sahabat iaitu iman N sunnah, solat, ilmu zikir, ikram muslimin, ikhlas niat dan Dakwah kurban harta dan diri dijalan Allah, adab2 sunnah nabi iaitu amalan harian 24jam. setiap hari sekali pihak lelaki akan memberi "bayan" iman dan amal pada wanita disebalik tabir dirumah tersebut. Wah seronok sungguh tokwan dengat ghaliit dok dengar cerita, Depa keluar pada masa cuti Keputeraan Sultan Kedah blan Januari dirumah Syukran di Perlis. Katanya orang Perlis sungguh hebat Ikram hingga 3 hari tu depa tak masak apa semua orang Perlis tunai hak iaitu memberi makan pada tetamu, jenuh makanannya sampai berlambak2 sb banyak orang bawa mai dan sedap polatu. Insyaallah tokwan pun teringin juga nak ikut satu hari nanti, yang tokwan teringin tu bukan makan sahaja tapi suasana jemaah yg kita boleh berkasih sayang semata-mata kerana allah, banyak apa yang dihabak oleh tokbisan tu banyak dah yang tokwan belajar kat pondok dulu cuma tak boleh nak amal lagi, kali ni Insyaallah tok azamlah nak ikut tok bisan tapi sikit-sikit lah dulu belajar-belajar, masjid memanglah tokwan dapat taufik dari Allah dari kecik lagi dok p dgn Almarhum bapa saya sampailah sekarang tokwan x pernah ketinggalan solat di Masjid 5 waktu syukur Alhamdulillah. Semoga allah beri taufi n hidayah kpd kita semua dapat taat perintah allah cara nabi saw.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum cikgu..
    Rindunya pada cikgu2 yang telah banyak berjasa mendidik diri ini di MMAS dulu. Dek rasa cinta yang mendalam pada MMAS dan guru2nya lah saya abadikan blog saya dengan nama itu. Terima kasih banyak kerana sudi menjejaki blog saya yang tak seberapa. Dan sekuntum ingatan buat arwah cikgu zaini (al-fatihah) moga rohnya ditempatkan dalam kalangan muttaqin...Moga ukhwah diantara kita berpanjangan cikgu...terima kasih

    BalasPadam
  2. Tokwan ucap terima kaseh pada ustaz eds kerana link dgn blog tokwan, dan insyaallah dengan cara ini mungkin tokwan dapat berjumpa semula dengan bekas pelajar tokwan

    BalasPadam