Isnin, 3 Mei 2010

Pekak dan Buta

Tersebutlah kesah di sebuah negeri, tinggallah seorang lelaki yang tinggal berseorangan diri tanpa keluarga. Adapun lelaki ini tinggal di kawasan orang yang berada lagi terpelajar. mereka ini amatlah sibuk dengan hal-hal pekerjaan masing-masing. Kesibukan mereka ini menjadikan mereka tidak ada masa untuk menjaga kebersihan dan keselamatan kampong mereka. Adapun hal keadaan lelaki ini, orangnya pekak dan buta pula. Jadi nak panggil tidak dengar dan nak tunjuk dia buta.Lelaki ini menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi makan.Masalahnya antara rumah lelaki itu dan rumah mereka ada sebuah longkang besar dan bahaya pula. Mereka fikir bagaimana nak selamatkan lelaki ini lalu mereka meletakkan tulisan yang besar AWAS LUBANG DIHADAPAN. dan mereka juga kadang-kadang menggunakan pembesar suara
Adakah orang ini akan selamat.
Bagaimanakah pendapat anda untuk selamatkan lelaki ini

3 ulasan:

  1. Pada pendapat nenek,kita kena pimpin orang yang buta dan pekak itu ketempat tempat bahaya itu dan suruh dia pegang dan rasa.kemudian kita bagitahu dan ajar mana nak lalu.Kenalah bagi masa untuk bersihkan kampong dan jaga keselamatan pasal ia akan mengancam diri kita juga.
    Begitu lah hakikat hidup kita insyaallah.

    BalasPadam
  2. salam Tok Wan...

    bawa orang tadi masuk kelas Pendidikan Khas...ajar untuk dia berdikari...ha3..(gurau ja Tok wan

    p/s: untuk pengetahuan Tok Wan, kami ex student maahad 1983-1989 akan mengadakan reunion pertama di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas P.Pinang pada 6 Jun 2010 bermula jam 11.00 pagi. Jemput la hadir jika Tok wan berkelapangan untuk jumpa bekas anak murid...wassalam

    BalasPadam
  3. To nenek, sebenarnya cite tu memanglah kena kepada kita semua, Kita yang celek dan tidak bisu ini kena bertanggunghjawab kepada orang yang dah tak nampak perintah Allah dan sunnah nabi saw, semuga Allah terima kita semua

    To ustaz ed, Tokwan ucapkan terima kaseh kerana menjeput ke program tersebut,pada 4 Jun Tokwan dan isteri Insyaallah akan ke Surabaya Indonesia, jika ada yang ingat kat Tokwan sampai kan salam aje dan Tokwan doa semuga program ini berjaya. Jangan lupa apabila Tokwan pulang pada 18 Jun tokwan nak tengok dalam blog ustaz perjalanan program tersebut

    BalasPadam