Rabu, 17 Februari 2010

RAWATAN TRADISIONAL ZAMAN KANAK KANAK DULU

Assalamualaikum anak cucu sekelian semuga sehat-sehat semua. Kali ini tokwan nak cerita perubatan tradisional (first aid) zaman era 60an kebawah. Setiap penyakit ada ubatnya dan mudah sahaja, semua ubat-ubat yg diguna ada didalam rumah. Pertama demam panas, ubatnya ialah dengan cara guna air asam jawa pekat dicampur dengan bedak sejuk, kemudian waktu malam lumoq(sapu) pada semua badan dan kepala biarkan sehingga besok atau ditengah malam kemudian mandi, Insyaallah panasnya akan turun dna diulang lagi besoknya hingga sembuh.
Jika luka terkena kaca, ambil gula campur kopi kemudian letakkan pada tempat luka kemudian balut dengan kain, insyaallah luka akan kembali bercantum semula, Hidung berdarah, guna sireh, lipat sireh kemudian sumbat didalam hidung, darah akan berhenti, sakit gigi berlubang, masukkan garam kedalam lubang, seketika akan hilang sakit gigi.Batuk, tumbuk sireh campur jintan manis dan makan, insyaallah batuk akan hilang, ketiak berbau senang aje, guna kapor (kapor yng dimakan dengan sireh), sapu pada ketiak kemudian pakai baju pergilah manapun dan berpeluh, insyaallah ketiak tak akan berbau punya. Waktu pagi gosok gigi guna jari tenyeh dengan serbuk arang dapor yg kita tumbuk menjadi serbuk, gigi putih berkilat. Jika banyak jerawat senag aje, tiap malam sebelum tidor sapu muka dengan bedak sejuk, Insyaallah jerawat akan hilang. masa dulu setiap rumah ada bedak sejuk,ia dibuat sendiri dengan menggunakan beras yang direndam lama sampai berbau masam dan lembut kemudian diramas sampai menjadi cair kemudian dengan menggunakan acuan yg dibuat sendiri dititis atas kain menjadi biji-biji kecil sebesar kacang hijau dan dijemur apabila kering disimpan didalam bekas yang dicampur dengan bunga melor supaya berbau wangi, ia tahan bertahun-tahun lamanya. Orang sekarang dah tak buat lagi atau tak pandai nak buat,Jika bengkak beruk pada pipi guna Nila (dulu nila bentuk ketulan 4 segi ia digunakan untuk memutihkan baju putih terutama baju sekolah) Nila ini dihancurkan campur dengan bedak sejuk disapu pada bengkag beruk, Bisul yang sudah masak guna bijian(tokwan lupa namanya) iaitu sejenis bijian daripada buah yang bewarna hitam dan panjangnya pendek sikit daripa batang mancis apai apabila masak ia akan pecah dan bijinya kecil-kecil, ambil biji ini lembabkan dgn air kemudian tempel pada bisul, ia akan menghisap darah/nanah kemudian bisul akan pecah. Banyak lagi kaedah penyakit yg tokwan dah lupa cara perubatannya. Tapi sekarang semua jenis perubatan ini kita dah lupa, Bila sakit cepat-cepat pergi hospital, lupa nak doa pada Allah supaya menyembuhkan penyakit kita. INGAT Ikhtiar kita memakan ubat tetapi kesembuhan panyakit datang daripada Allah swt. JANGAN LUPA TU.

1 ulasan:

  1. salam Tok Wan...
    cuma nak habaq, Isteri saya memang student MMAS 1985-1988. anak didik Tok Wan ...

    BalasPadam